Berbekalkan prinsip Aku Hidup ; Aku Terbaik ; Aku Pasti Berjaya!!! beliau dengan penuh keyakinan telah memulakan perniagaannya sendiri. Setelah pelbagai onak ranjau pahit dan manis semanis kurma dirasainya sebagai seorang usahawan, beliau kini berazam untuk berkongsi pengalamanya dengan lebih ramai lagi bakal usahawan untuk memajukan diri serta perniagaan. Kerana pada beliau :”the more we give, the more we get”. Pada tahun 2004 beliau mendapat peluang untuk mempelajari teknik kejurulatihan dari seorang trainer Jepun tentang mengenali Potensi Diri. Beliau yang mendapat pendedahan dan didikan dari seangkatan Sensei Master Psychology dari Jepun yang di antaranya menduduki satu ujian psikologi di dalam satu seminar yang dijalankan selama 60 jam tanpa henti (5 hari 4 malam tanpa tidur). Sepanjang pengalaman beliau sebagai trainer beliau telah berpeluang bertemu dengan ramai individu berpengaruh yang terdiri daripada para usahawan dari Negara kita dan Negara luar. Hingga hari ini beliau telah menjalankan Seminar Motivasi Pengubahan Diri ini lebih daripada 200 sesi. Seminar-seminar dan woksyop seperti VISI (Vision Into Self Improvement), MCC (Management Consultant Course), LT (Leadersip Training), SMS (Success More Success), Business Class yang telah dijalankan bukan sahaja di Malaysia, malah hingga ke Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei Darussalam.
Kini dengan berbekalkan ilmu di dada serta semangat untuk menaikkan mentaliti & jiwa bangsa dan Negara, beliau ingin menyumbangkan tip-tip dan pelbagai rahsia bagaimana untuk mencari kelainan dalam kehidupan kita seperti bagaimana untuk mengubah paradigma kita, bagaimana untuk mengikiskan rasa takut dan tidak yakin pada diri kita, bagaimana untuk menyedarkan kita dengan situasi yang sedang kita perangi, bagaimana untuk mencari jawapan kepada sesuatu yang amat keliru, bagaimana untuk meningkatkan produktiviti kita, bagaimana untuk mencapai kehidupan yang lebih bermakna kepada semua individu-individu yang dahagakan kejayaan. Beliau yang percaya akan setiap manusia ada keistimewaannya sendiri ingin menunjukkan kelebihan yang ada pada diri anda itu. Kenapa kebanyakan orang walaupun telah menyertai berbagai program dan seminar motivasi tetapi masih tetap seperti dahulu. Tidak ada gunanya kalau kita menghadiri berbagai kursus motivasi tetapi kita masih belum bersedia untuk berubah tabiat lama kita. Segala-galanya berada di dalam diri kita hanya untuk kita menyedarinya sahaja.
Setelah menyertai program beliau, peserta akan dibekalkan dengan teknik-teknik yang perlu untuk kita melatihkan diri bersesuaian dengan motif dan objektif program yang disertai supaya walaupun setelah keluar dari program peserta dapat mendisiplinkan diri dengan ilmu yang telah dibekalkan. Bagaimana untuk melatih kuasa alam bawah sedar di dalam otak kita dimana selama ini kita hanya menggunakan alam sedar kita sahaja untuk melakukan sesuatu yang hakikatnya alam bawah sedar kita yang mengawal kita. Bagaimana kita menggunakan hati kita untuk merangsangkan lagi hasratkita itu. Segala-galanya ada dalam diri kita hanya kita tidak sedar sahaja. Menerapkan unsur pembelajaran dengan praktikal secara ‘on the spot role play’ lebih daripada hanya teorinya sahaja dan dengan kaedah “permainan akan mencerminkan diri sebenar peserta” mengajak peserta-peserta untuk menyertai setiap program yang diaturkan dengan sifat terbuka dimana peserta akan terasa sepanjang waktu kursus 2 Hari 1 Malam atau 3 Hari 2 Malam seperti tidak terasa. Memberi anda teknik-teknik apa yang harus dilakukan untuk mencapai motif dan objektif seminar.
Semoga kita menjadi insan TERBAIK!!!



