Perniagaan Baru


Setiap orang pasti teruja ketika saatnya ingin memulakan perniagaan baru. Gembira kerana akhirnya impian untuk bergelar Boss akan menjadi kenyataan. Ini disebabkan apabila kita memulakan sesuatu perniagaan, kita perlu mempunyai pekerja yang akan membantu kita menguruskan perniagaan kita. Lagipun berniaga itu kan satu sunnah Rasulullah kita dan 9/10 dari pendapatan itu datangnya dari perniagaan. Tetapi percayakan anda jika saya katakan 9/10 peniaga akan gagal! Anda tahu kenapa? Takpe kita akan bincangkan dalam keluaran akan datang…

Apa yang ingin saya coretkan hari ini adalah berkaitan perniagaan yang baru. Ya! Saya akan memulakan suatu perniagaan yang belum pernah saya lakukan sebelum ini walaupun telah lama saya mengimpikannya.  Saya akan membuka sebuah kedai makan di SpaceWok di SpaceU8 Bukit Jelutong yang akan memulakan operasinya pada 24 November 2011.

Kenapa saya memilih SpaceWok ini adalah disebabkan saya tidak perlu untuk mengeluarkan modal yang terlalu banyak. Maklumlah inikan percubaan pertama saya dalam perniagaan makanan. Biasanya untuk membuka sebuah restoran, kita perlu menyediakan kos pengubahsuaian kedai, sewa kedai serta membeli peralatan dapur, perabut dan bahan mentah. Kemudian kita perlu pula menyediakan kos pengiklanan serta pekerja. Kesemua ini akan memakan modal antara 200k – 350k sebelum sesebuah restoran dapat memulakan perniagaannya.

Jadi apa yang saya perlu lakukan adalah dengan memulakan perniagaan dengan skala yang kecil dahulu iaitu di Food Court. Ini disebabkan sebahagian kos yang besar telah ditanggung oleh penyedia food court tersebut seperti kerja-kerja pengubahsuaian, perabut, pengiklanan, pinggan mangkuk malah pelayan juga mereka sediakan. Jadi bagi saya yang pertama kali memulakan perniagaan ini, saya boleh menumpukan perhatian pada masakan sahaja. Banyak energy dan modal dapat saya jimatkan serta menampung tahap risiko juga rendah.

Biasanya apabila saya ingin memulakan perniagaan, saya akan memulakannya secara kecil-kecilan dahulu dan kemudiannya berkembang mengikut permintaan. Walaubagaimanapun, sebelum saya memulakan perniagaan ini, saya telah menemuramah serta belajar dari kawan-kawan yang telah membuka restoran mereka. Malah ada kawan saya yang telah berjaya membuka 5 buah restoran dan saya pergi hingga ke Tawau untuk belajar dengan beliau.

Tips untuk memulakan perniagaan makanan ini adalah :-

  1. Dapatkan ilmu tentang perniagaan yang ingin kita ceburi. Maksudnya jika kita hendak membuka restoran western kita perlu belajar cara membuat kuah black pepper, walaupun kita akan mempunyai tukang masak / chef kemudiannya.
  2. Pastikan tahap risiko yang anda selesa. Iaitu dengan memulakan sesuatu perniagaan secara kecil-kecilan dahulu dengan niat untuk membesarkannya kemudian hari nanti. 
  3. Lokasi yang mudah dikunjungi oleh target customer anda. Biasanya prime area sewanya agak mahal, tapi jika anda tahu tahap risiko yang anda selesa – kenapa tidak? Ini yang dilakukan oleh pengasas McDonald’s yang mana jika dia hanya berfikir untuk menjual burger, pasti sukar. Jadi dia perlu mendapatkan hartanah dan mendirikan restorannya di kawasan yang strategic bagi memastikan burgernya dapat dijual. Kini McDonald’s boleh didapati di merata dunia.
  4. Modal pusingan yang mencukupi. Ini bagi memastikan perniagaan kita tidak mati ditengah-tengah jalan. Biasanya apabila modal mula berkurangan peniaga akan mula mengurangkan bahan mentah masakan mereka yang mengakibatkan rasanya menjadi kurang enak dan pelanggan mulai berkurangan.  

Saya ingin mempelawa semua untuk datang ke SpaceWok di Tingkat 1 SpaceU8 dan menikmati masakan di gerai saya ‘Mixed Rice Corner’. Kami menyediakan pelbagai juadah nasi campur masakan melayu dan oriental serta nasi lemak istimewa sepanjang hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jumpa anda di sana…

 

Share di Facebook anda

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>