Rasa-rasanya ada ke orang yang tidak mahu duit? Sebabnya saya pernah dengar ada yang kata duit itu syaitan – boleh melalaikan kita!
Walau apa pun yang orang perkatakan, bagi saya duit adalah satu keperluan sebabnya tanpa duit nak pergi haji pon tak boleh! Betol tak?!
Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit
Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal
Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta
Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah
Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri
Percayakah anda tanpa kita sedari atau sukai kebanyakan dari kita bekerja kerana duit! Kenapa saya berkata sedemikian? Sebabnya apabila kita bekerja, cukup bulan dapat gaji (duit)…bila dapat jee duit kita bayar hutang kredit kad, rumah, kereta dan bil. Yang paling malang sekali sebelum kita dapat duit hasil titik peluh kita, kerajaan dah ambil bahagian dia dahulu dengan bayaran cukai melalui potongan gaji berjadual. Betul tak?
! Last sekali kalau ada lebih, barulah kita gunakan untuk diri kita. So maksudnya sekarang kita bekerja untuk bayar semua benda tadi tuu kan!
Biasa tak dengar keluhan sebegini “kalau gaji aku besar, sure aku boleh settlekan semua hutang aku”. Tapi percayakah anda, jika gaji kita bertambah – maka bertambah lah hutang kita kan! Kalau tak percaya cuba tanya orang yang macam banyak duit tuu, agak-agak cukup tak duit diorang.
Persoalanya : Macamana kita nak ada cukup duit kalau macam tuu keadaannya?
Jawapannya mudah – daripada anda bekerja untuk duit, jadikan duit bekerja untuk anda! Eh macamana pulak ni?
Money is one form of power. But what is more powerful is financial education. Money comes and goes, but if you have the education about how money works, you gain power over it and can begin building wealth. The reason positive thinking alone does not work is because most people went to school/college and never learned how money works, so they spend their lives working for money. – RK RDPD
Izinkan saya berkongsi dengan anda.., untuk BERJAYA dalam hidup kita tidak semestinya perlu mempunyai PELAJARAN yang tinggi, cukup hanya dengan mempunyai PENDIDIKAN yang dapat kita gunakan untuk memajukan diri kita.
Jika kita hanya mempunyai pelajaran yang tinggi sahaja selagi itulah kita akan bekerja untuk duit. Tetapi jika kita mempunyai pendidikan yang mencukupi serta menggunakan kuasa minda positif kita nescaya kita mampu untuk meraih pendapatan yang tinggi. Apa ni…tak faham laa!
Begini…saya mempunyai ramai kenalan. Ada antara mereka yang mempunyai pelajaran hingga ke peringkat Master/PhD dari dalam mahupun luar Negara. Namun mereka gagal dalam mencari apa yang mereka inginkan dalam kehidupan ini. Akibatnya dari menjadi pengurus bank atau pakar analisis ekonomi hatta akauntan mereka berhenti kononya ingin menjadi usahawan. Tetapi perniagaan mereka tidak menjadi dan akhirnya menjadi penganggur ‘terhormat’. Ini menunjukkan walaupun mereka mempunyai pelajaran dalam bidang kewangan tetapi mereka tidak pernah mempelajari teknik bagaimana duit bekerja. Ramai juga kenalan saya yang menjadi pensyarah atau dekan di universiti tetapi mereka masih juga mempunyai masalah kewangan yang kritikal. Keadaan begini sememangnya sangat tragik.
Dibandingkan dengan antara kenalan saya yang sama-sama masa SPM dulu dapat gred 2 dan gagal matematik, kini telah mempunyai rumah dan kereta yang besar, walaupun datang dari keluarga yang biasa-biasa sahaja. Mereka ni walaupun tidak mempunyai pelajaran yang tinggi tetapi mereka telah melalui suatu proses yang sukar demi untuk memajukan diri. Yang menariknya pendidikan tidak formal yang mereka pelajari ini telah menjadikan mereka pekerja/usahawan yang berjaya kerana kebanyakan mereka mengetahui teknik bagaimana ingin membuatkan duit mereka bekerja untuk mereka. Aset-aset mereka bekerja untuk membayar kereta serta rumah besar mereka, membayar bil serta pelbagai lagi. Dan yang paling seronok sekali gaji bulanan mereka gunakan untuk perbelanjaan diri mereka sendiri.
Saya tidak bermaksud tidak perlu mempunyai pelajaran tinggi, tetapi cuba kita bayangkan dengan latarbelakang pelajaran yang tinggi serta mempunyai pendidikan bagaimana duit bekerja – berapa jauh dan berjayanya kita boleh pergi.
Cuba anda hayati betul-betul lirik lagu M.Nasir tadi…




