Meningkatkan Potensi Diri Dengan Pengawalan Minda

Mengenali potensi diri bukan hanya menghadiri ceramah atau kursus, ianya lebih dari itu. Pernahkah kita terfikir jika kita dapat mengawal minda kita, hidup kita boleh menjadi lebih kaya, lebih bahagia, lebih aman dan lebih sihat!

Yang menjadi persoalanya adalah “bagaimana kita hendak mengawal minda kita?” sedangkan setiap hari kita sentiasa menerima ion-ion negetif disekeliling kita. Setiap langkah yang kita ambil sentiasa mempunyai ceriteranya sendiri.

 

Menurut seorang ahli psychotherapy barat Mr.Baudoin, terdapat beberapa teknik pengawalan minda yang sekaligus dapat meningkatkan potensi diri. Antara teknik-tekniknya adalah :

Teknik Berdoa – apabila kita berdoa secara tidak langsung kita membertahu pada minda kita hajat yang ingin kita capai, dan apabila banyak kali dilakukan dengan konsisten, Insyaallah doa itu akan dimakbulkan

Teknik Bersyukur – cara ini saya rasa paling dekat dengan hati kita sebagai seorang muslim. Kerana apabila kita bersyukur nescaya Allah akan melipatgandakan lagi rezeki kita dan semestinya minda kita menjadi tenang. 

Teknik Tidur – atau lebih dikenali dengan teknik hypnagogic. Pada ketika ini minda kita akan bekerja mengikut apa yang kita sarankan. Jadi jika kita ungkapkan berkali-kali dengan penuh yakin sehingga kita terlelap, maka apabila kita sedar Insyaallah kita akan dapat caranya kerana minda luar sedar kita tidak tidur walau ketika kita tidur….Zzzzz….

Teknik Bayangan – teknik bayangan iaitu dengan melihat sesuatu imej yang kita hajati (dan kita bayangkan) setiap hari sehingga imej itu melekat didalam minda kita.

Teknik Menulis – tahukah anda dengan menulis impian dan dibaca setiap hari, anda telah menggerakkan berbilion sel otak untuk bekerja mencapai impian yang telah anda sendiri tetapkan.

Teknik Alasan – yang dimaksudkan dengan alasan adalah yang positif sebagai contoh biasanya apabila kita berasa sakit kita akan pergi berjumpa doktor/tabib/dukun. Sebaik sahaja doktor/tabib/dukun mengatakan penyakit kita tidak serius, kita akan terus berasa lega. Walhal itu hanyalah alasan supaya minda kita tidak memikirkan yang kita sedang sakit…

Alhamdulillah…ini adalah cara dan teknik yang saya gunapakai untuk memastikan minda saya bekerja mengikut apa yang saya impikan. Disamping menjadikan  potensi diri saya sentiasa positif, ianya juga mendekatkan jiwa saya dengan Maha Pencipta.

Ingat…kunci kejayaan adalah untuk memastikan minda kita bekerja untuk kita bukan menentang kita….

 

Share di Facebook anda!

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>