Minda Positif Meningkatkan Potensi Diri

warnai potensi diri  “Jika kau fikirkan kau boleh…kau hampir boleh melakukan” – bait-bait lagu berkaitan potensi diri yang biasa kita dengar yang didendangkan oleh Nash! Indah bukan?!

 

Bagaimana hendak mempercayai yang kita boleh mencapai impian kita sedangkan kita biasanya percaya yang kita tidak boleh?!

 

Macamana pula kita hendak berfikiran positif sedangkan minda kita dipenuhi dengan tanggapan negetif, tidak yakin, takut, risau, resah dan gelisah!

Well, disini saya akan berkongsi beberapa teknik untuk membantu kita MENCIPTA PERUBAHAN POSITIF yang diingini serta membuang fikiran negetif yang telah banyak bersarang didalam minda kita.

think positive

Jika kita ingin melakukan perubahan serta penambahbaikan dalam kehidupan kita, jika kita ingin merasai kejayaan luar biasa dan kebahagiaan, maka kita mestilah MENGUBAH CARA BERFIKIR. Ya, mula dengan cara kita berfikir supaya dapat menghindari perkara negetif serta ketidak yakinan yang pastinya akan membawa kegagalan dalam kehidupan kita.

GANTIKAN fikiran negetif yang membelenggu kejayaan dengan fikiran yang positif. Bila kita mula mengubah cara berfikir secara POSITIF, secara tidak langsung kita akan mencipta satu kepercayaan baru yang akan membuatkan kita percaya dan yakin pada diri serta keupayaan yang sekaligus boleh meningkatkan potensi diri kita.

Tahukah anda…ramai orang TIDAK PERCAYA yang mereka boleh BERJAYA sebaliknya mereka hanya mempercayai yang mereka tidak akan berjaya. Minda mereka dipenuhi dengan fikiran negetif yang menyebabkan mereka tidak dapat untuk memulakan walaupun langkah pertama mengejar impian mereka.

Ironinya, ramai yang tidak tahu apa IMPIAN SEBENAR mereka. Ini menyebabkan tandakan mereka hanya mengikut flow; sambil menyangkakan itu adalah cara terbaik untuk mengejar impian. Cara berfikir sebegini sebenarnya akan membawa kita untuk terus gagal malah perlu bekerja dengan lebih keras dari sepatutnya.

Tahun demi tahun (tanpa kita sedari) kita sebenarnya telah memprogram cara kita berfikir yang menyebabkan kita hidup dengan cara tertentu. Program ini telah dipahat didalam minda kita yang kita panggil dengan MINDA LUAR SEDAR. Minda luar sedar inilah yang telah mencorakkan kehidupan kita berdasarkan apa yang kita sendiri programkan berdasarkan cara kita berfikir seharian serta kepercayaan kita. Ditambah pula dengan sokongan yang berulang (setiap hari) yang akhirnya menyebabkan ianya menjadi TEMBOK PENGHALANG yang kebal untuk kita sendiri tembusi.

Bila kita mula mengubah cara kita berfikir sebenarnya kita mengubah apa yang ingin kita percayai – dan ini akan membuatkan kita mengubah perwatakan serta tindakan dan tanpa kita sedari sebenarnya kita telah mengubah kehidupan kita. Itulah yang dimaksudkan jika kita ingin berubah secara drastik kita mestilah mulakan dengan MENGARAHKAN minda kita memberi arahan positif pada minda luar sedar supaya bertindak. Penetapan matlamat yang jelas juga adalah penting supaya tindakan kita akan lebih fokus. Kerana apabila kita berfikiran positif serta fokus, kita akan dapat MENJIMATKAN masa serta tenaga kita untuk mencapai apa jua impian kita.

So don’t waste your time anymore. Bertindak sekarang juga…buangkan TABIAT LAMA yang telah terbukti gagal, mula berikan santapan positif pada minda SETIAP HARI supaya minda luar sedar dapat memberikan arahan positif agar TINDAKAN kita juga akan menjurus untuk melakukan sesuatu untuk BERJAYA!

INGAT…! Kita adalah apa yang kita fikirkan…jangan bohongi diri kita sendiri…

 

Share di Facebook anda!

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>