Resolusi Tahun Baru 2012

resolusi tahun baru

2012 sudah semakin hampir menjelma menandakan tahun 2011 sudah menghampiri penghujungnya. Adakah anda sudah mencapai apa yang anda rancangkan untuk tahun 2011?

Kini adalah masanya untuk melihat kembali resolusi tahun 2011 serta pencapaiannya, dan jika ada yang masih belum terlaksana, pastikan anda bawakanya ke tahun 2012 – itu pun jika ianya masih lagi relevan.

Menyambut tahun baru bukan sekadar dengan laungan sahaja. Ianya adalah masa untuk menunjukan perubahan yang kita mahukan (atau perlukan) serta menilai semua perubahan yang telah berlaku pada tahun sebelumnya.

Adakah Resolusi Tahun Baru anda sama seperti saya?

Sihat, Kaya dan Berjaya

Siapa yang tak nak ni…semua orang pasti nak kan! Perlu untuk kita membuat perancangan didalam kerjaya supaya apa yang diusahakan akan menjurus ke arah kejayaan. Perancangan perlu menggunakan teknik funnel supaya ianya lebih fokus dan jelas.

Memberikan Lebih Masa Bersama Keluarga

Lebihkan masa untuk melakukan aktiviti bersama keluarga disebelah petang atau dihujung minggu. Aktiviti seperti ini akan merapatkan lagi hubungan serta dapat mengurangkan stress di tempat kerja. Afterall keluarga adalah lebih penting dari segala yang lain kan…

Meningkatkan Amalan

Solat wajib 5 waktu setiap hari telah menjadi rutin, tetapi tahun 2012 ini jom kita cuba pertingkatkan dengan menambah solat sunat seperti Dhuha, Taubat, Tahajjud serta solat sunat sebelum dan selepas solat wajib. Tidak ketinggalan untuk mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis dan membantu mereka yang memerlukan seperti sumbangan untuk anak-anak OKU di Rumah Ramah.

Mengurangkan Berat Badan

Kajian menunjukan Malaysia adalah Negara yang menduduki tempat pertama dikalangan Negara Asean yang memiliki paling ramai rakyatnya yang obesiti. Yaa…Malaysia Boleh! So rasanya memang ramai akan mengambil kira masalah obesiti. Saya pun berazam untuk mengurangkan berat badan saya dengan mengambil kira reasonable goals dan fokus sebagai faktor paling utama untuk mencapai target weight loss program saya dalam mengurangkan extra kilos!

Mempelajari Sesuatu Yang Baru

Jom kita berikrar untuk mempelajari sesuatu yang baru pada tahun 2012 ni! Biasanya mungkin ada yang memikirkan untuk menukar pekerjaan yang baru, meningkatkan kelulusan pendidikan atau berpindah ke rumah baru sebagai resolusi. Walau apa pun yang anda rancangkan, anda akan dapati MEMBACA adalah cara yang paling mudah, efektif serta bermotivasi untuk dicapai dalam resolusi tahunan kan! Anda boleh ke Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam untuk membaca kerana persekitaran yang canggih dan mempersonakan disana memang menggalakkan kita untuk terus membaca. Atau anda boleh menghadiri kursus motivasi seperti VISI untuk meningkatkan serta mendapatkan sesuatu yang baru dalam hidup anda.

Dengan membuat Resolusi Tahun Baru yang jelas dan fokus, ianya akan membantu kita untuk mencapainya. Semoga anda akan terus berjaya menghadapi tahun 2012 yang penuh mencabar.

Selamat Tahun Baru!!!

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>